Thursday, May 26, 2011

Media massa benar atau palsu?


Media merupakan medium penting untuk menyampaikan message dari satu golongan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis media massa seperti tv, internet, majalah, surat khabar dan radio tetapi yang popular ialah tv. Media juga digunakan untuk menyalur atau memberi hiburan kepada penonton atau pembaca. Tv lah media yang paling pantas menyebarkan message dan hiburan kerana boleh dikatakan setiap rumah mampu memiliki tv. Bagi memiliki tv tidak susah dan rata-rata rakyat pada masa kini mampu memiliki tv termasuk golongan pekerja buruh kasar dan berpendapat rendah, malahan orang bujang dan student yang tinggal dirumah sewa pun mampu memperolehi tv.

Boleh dikatakan pada setiap hari masyarakat akan menonton tv. Bagi aku waktu yang selalu aku tonton tv adalah pada waktu 8.00 malam. Channel yang menjadi kesukaan aku ialah tv3 berbanding tv1 dan tv2 bosan yang amat. Yang menjadi persoalan adakah rancangan dan berita-berita yang disiarkan itu tepat dan betul?

Ini kerana kebanyakan rancangan atau berita banyak mengaitkan politik dan social macam lebih kepada membodek dalam menyampaikan isu-isu yang berlaku dalam negara. Kandungan message menunjukkan tiada ketulusan, hanya sebelah pihak sahaja yang bersuara. Bayangkan kalau kes dalam mahkamah hanya sebelah pihak sahaja yang boleh bersuara yang menang kes tentulah hanya pihak yang bersuara walaupun bersalah. Jadi dimana keadilan dalam kebebasan bersuara dan pemerintahan secara demokrasi?

Aku sebagai rakyat dan manusia yang berakal nak juga fikir untuk buat perbandingan yang mana baik dan yang mana buruk. Ini tidak saban hari semakin confius dengan isu-isu dalam negara. Adakah semua rakyat tidak mampu berfikir untuk membezakan baik, buruk dan perlu tunjuk ajar seperti kanak-kanak yang belum cukup akil baligh?


Tolonglah jangan cakap nak benteras rasuah kalau terang-terang media makan rasuah. Aku nak hidup bebas tanpa ada penjajahan minda dalam kepala otak aku. Orang-orang yang menjajah ini hanyalah orang yang pentingkan duniawi seperti Yahudi yang tidak beragama, bersifat kapitalis. Janganlah sebuah Negara islam nak ikut telunjuk Yahudi, takut nanti tidak pasal-pasal kena musibah dahsyat kerana membelakangi Nya. Aku orang atas pagar jijik dengan politik Negara sampai malas nak ambil tahu tentang politik. Ni aku tulis blog kaitkan dengan politik sebab aku tengah confius yang mana bagus dan tidak. Lakukan lah demokrasi yang sebenarnya, mana-mana pihak boleh lontarkan hujah masing-masing dalam warta berita, rancangan diskusi atau forum untuk tatapan masyarakat. Kerajaan jangan bimbang rakyat Malaysia semuanya cerdik-cerdik boleh bezakan yang mana benar dan palsu. Kenapa perlu takut kalau kerajaan telus?


Huhuhu… bangga sangat la kalau rancangan tv lebih sanjung golongan artis daripada golongan ulama dan cendekawan. Inilah yang dikatakan budaya timur dan sebuah Negara islam. Rakyat dapat melepaskan rasa stress melalui rancangan hiburan yang tidak henti-henti. Adakah ini juga baik untuk masyarakat?

Setiap tahun harga barangan akan naik. Dalam tempoh 2 tahun sahaja harga gula naik 4 kali dahsyat. Aku orang bujang pening nak kahwin memikirkan taraf hidup dan sosioekonomi. Macam mana lah program transformasi harap-harap berjaya. Jangan hanya sandiwara ja lebih kononnya nak menjana masyarakat yang berpendapatan tinggi. Sedangkan belajar tinggi-tinggi pun tidak boleh dapat pekerjaan. Kalau dapat pun pekerjaan pendapatan seberapa nak bayar hutang PTPTN pun tidak lepas. Dengan pinjaman PTPTN yang tidak dapat selesai tambah pula program yang mengalakkan graduan buat pinjaman untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Memang betul-betul ah long yang nak tolong. Aku tidak mahu jadi orang yang hutang sana sini alih-alih tergadai maruah diri terpaksa tunduk kepada peminjam (ah long) seperti Negara membangun dan Negara maju terlalu banyak hutang terpaksa tunduk ikut telunjuk barat. Aku ada cita-cita nak berniaga tapi perlukan pengalaman dan modal sendiri. Nak harapkan kerajaan, guna duit rakyat untuk kepentingan diri le heh.



Galakan berniaga ramai orang-orang melayu sibuk nak berniaga dengan cara MLM cepat jadi kaya boleh pakai kereta BMW dan Mecedes. Modalpun ciput saja. Alahai apa nak jadi dengan tanah air ku. Dengan adanya sistem pyramid ini habis lingkup orang melayu, dana orang melayu dalam Negara masih ditakuk lama tidak ubah-ubah. Sebab apa duit tidak bercambah tetapi bergerak dari downline ke upline (pengemis moden yang terhormat). Yang bestnya master mind atau firaun perniagaan jenis ini adalah kaum cina dan orang putih (amway). Orang-orang melayu yang cerdik pandai berstatus professional seperti doctor dan engineer pun buat perniagaan ini kelentong sana sini janji duit masuk. Bersepah MLM sana sini Alken, Uptrend, Lamberger dan lain-lain, KPDNKK buat dungu tengok saja. Tabung haji dan ASB jadi pelabur dalam Amway. Bagus, bagus, bagus.

Ekonomi Negara semakin kukuh. Itulah yang sering dilaporkan di dalam warta berita. Kalau drama atau filem boleh lah anggap palsu tapi kalau berita yang tiada fakta dan bukti macam mana pula bolehkah diterima?

Tuesday, January 20, 2009

Hentikan Pembunuhan Di Gaza Biokot Barangan AS



Tazkirah daripada Jamaah Islah Malaysia (JIM) Seberang Perai Tengah.

Barang siapa melihat suatu kemungkaran ia merubah dengan tangannya. Apabila tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, dan apabila tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya dan itulah keimanan yang paling lemah. (Hadis riwayat Imam Muslim).

Setiap ringgit yang digunakan untuk membeli barangan AS akhirnya menjadi peluru untuk menembak saudara kita dan kanak-kanak di Palestin…

Membeli barangan mereka samalah seperti menyokong kezaliman, penindasan dan serangan mereka. – Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Boikot Produk dan Perkhidmatan AS Ini:

Coca-Cola. Spite. Fanta. Sunkist. Pepsi-Cola. IBM. Intel. Komputer Apple. Ipod. AOL Time Warner. McDonald. KFC. Kleenex. Kotex. Huggies. Hush Puppies. Revlon. Johnson & Johnson. Timberland. Tommy Hilfiger. Starbucks. HP. Compaq. Motorola. AMD. Esso. Caltex. Mobil. Marlboro. Kraft. Microsoft. Dunhill. Rothmans. Citibank. Mastercard. Visa. America Express. Fedex. Disney. Baskin Robbins. AIA. Haagen Dazs. Levis. Nike dan sebagainya.

Sunday, January 18, 2009

Motivasi Secara E-Book



Di sini aku nak kongsi dengan sesiapa yang belum lagi baca tentang motivasi Teknik Memantapkan Keyakinan Diri yang ditulis oleh En. Noorizam Shah. Bagus untuk remaja atau belia yang sedang mencari arah dalam memperbaiki dan ingin mengubah cara hidup ke arah yang lebih positif dan berjaya. Motivasi ini dapat memberi anda semangat baru dalam mengejar cita-cita anda. Pelbagai teknik dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami. Ini akan membuatkan anda akan merasa teruja untuk mengikuti motivasi ini. Untuk keterangan lanjut silalah download.

Friday, January 16, 2009

KALAU POLIS YANG LANGGAR UNDANG-UNDANG

Boikot Israel dan Amerika



Siapa tidak kenal dengan kuasa besar Amerika sekutu kuat bagi kekejaman tentera zionis israel. Mereka maju dari segi ekonomi, teknologi dan pembangunan. Tidak hairanlah kalau mereka begitu angkuh menyerang rakyat Palestin dan membunuh orang yang tidak berdosa kerana mereka merasakan tiada kuasa yang lebih kuat melainkan kuasa mereka. PBB hanya mampu mendiamkan diri.
Melihat kanak-kanak dan mayat yang bergelimpangan di media-media massa menyebabkan hati menjadi sayu mengenangkan nasib penduduk Palestin.
Hanya melalui derma dan memboikot barangan keluaran regim zionis ini sahaja mampu dilakukan oleh masyarakat negara membangun seperti saya.

Nokia
Jenama Handphone yang terkemuka dan merupakan produk yang digunakan oleh kebanyakkan masyarakat termasuk aku. Nokia merupakan produk keluaran golongan israel dan banyak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, janganlah sesiapa membeli lagi produk jenama ini jika ada keinginan untuk menukar handphone baru, pilihlah jenama lain selain cokia.
Maxis
Syarikat ini juga ada menyumbangkan beberapa peratusan keuntungannya kepada israel. Oleh itu, bertukarlah kepada nombor celcom kerana itulah yang terbaik.
Carrefour
Pasaraya yang sering aku kunjungi kerana berdekatan dengan rumah merupakan pasaraya francise dari negara Amerika dan sekutu israel. Lepas ni tak akan aku jejak lagi kakiku ke pasaraya ini.
Coke Cola
Minum yang langsung tak berkhiasat adalah milik syarikat regim zionis israel. Pada sesiapa yang sebelum ini banyak minum air ini beralihlah minum Radix atau Radix cola. Minumannya lebih berkhiasat dan sedap.
McD
Siapa-siapa pun jangan pergi, kalau terasa nak makan makanan ringan dan berkhiasat pergilah ke Radix Fried Chicken (RFC) di Sg. Petani atau ke restoran-restoran lain selain McD.

Ada banyak lagi syarikat atau produk-produk yang dikeluarkan oleh regim ini. Produk dan syarikat yang dinyatakan di atas adalah syarikat yang lazim dengan aku.
Ayuh, marilah beramai-ramai menyelamatkan rakyat Palestin dari kekejaman israel. Sekurang-kurangnya dengan memboikot produk keluaran israel dapat melemahkan kuasa ekonomi israel untuk pembuatan senjata jahanamnya.

Wednesday, September 24, 2008

Biostar U8668 D intel pentium 4




Pengeluar : Biostar
Model : U8668-D Intel Pentium 4
Maximum memori : 2 GB
Socket : 2
Slot : 2









harga RAM



DDR1 266Mhz (Desktop / PC2100-184pin)
- KVR266X64C25/128 = RM46.00
- KVR266X64C25/256 = RM46.00
- KVR266X64C25/512- 8 CHIP = RM83.00
- KVR266X64C25/1G = RM138.00

Kalau nak upgrade carilah kedai yang tawar harga yang lebih kurang seperti yang ditunjukkan. Satu lagi jangan ambil yang DDR1 333mhz atau 400mhz.