Tuesday, January 20, 2009

Hentikan Pembunuhan Di Gaza Biokot Barangan AS



Tazkirah daripada Jamaah Islah Malaysia (JIM) Seberang Perai Tengah.

Barang siapa melihat suatu kemungkaran ia merubah dengan tangannya. Apabila tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, dan apabila tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya dan itulah keimanan yang paling lemah. (Hadis riwayat Imam Muslim).

Setiap ringgit yang digunakan untuk membeli barangan AS akhirnya menjadi peluru untuk menembak saudara kita dan kanak-kanak di Palestin…

Membeli barangan mereka samalah seperti menyokong kezaliman, penindasan dan serangan mereka. – Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Boikot Produk dan Perkhidmatan AS Ini:

Coca-Cola. Spite. Fanta. Sunkist. Pepsi-Cola. IBM. Intel. Komputer Apple. Ipod. AOL Time Warner. McDonald. KFC. Kleenex. Kotex. Huggies. Hush Puppies. Revlon. Johnson & Johnson. Timberland. Tommy Hilfiger. Starbucks. HP. Compaq. Motorola. AMD. Esso. Caltex. Mobil. Marlboro. Kraft. Microsoft. Dunhill. Rothmans. Citibank. Mastercard. Visa. America Express. Fedex. Disney. Baskin Robbins. AIA. Haagen Dazs. Levis. Nike dan sebagainya.

Sunday, January 18, 2009

Motivasi Secara E-Book



Di sini aku nak kongsi dengan sesiapa yang belum lagi baca tentang motivasi Teknik Memantapkan Keyakinan Diri yang ditulis oleh En. Noorizam Shah. Bagus untuk remaja atau belia yang sedang mencari arah dalam memperbaiki dan ingin mengubah cara hidup ke arah yang lebih positif dan berjaya. Motivasi ini dapat memberi anda semangat baru dalam mengejar cita-cita anda. Pelbagai teknik dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami. Ini akan membuatkan anda akan merasa teruja untuk mengikuti motivasi ini. Untuk keterangan lanjut silalah download.

Friday, January 16, 2009

KALAU POLIS YANG LANGGAR UNDANG-UNDANG

Boikot Israel dan Amerika



Siapa tidak kenal dengan kuasa besar Amerika sekutu kuat bagi kekejaman tentera zionis israel. Mereka maju dari segi ekonomi, teknologi dan pembangunan. Tidak hairanlah kalau mereka begitu angkuh menyerang rakyat Palestin dan membunuh orang yang tidak berdosa kerana mereka merasakan tiada kuasa yang lebih kuat melainkan kuasa mereka. PBB hanya mampu mendiamkan diri.
Melihat kanak-kanak dan mayat yang bergelimpangan di media-media massa menyebabkan hati menjadi sayu mengenangkan nasib penduduk Palestin.
Hanya melalui derma dan memboikot barangan keluaran regim zionis ini sahaja mampu dilakukan oleh masyarakat negara membangun seperti saya.

Nokia
Jenama Handphone yang terkemuka dan merupakan produk yang digunakan oleh kebanyakkan masyarakat termasuk aku. Nokia merupakan produk keluaran golongan israel dan banyak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, janganlah sesiapa membeli lagi produk jenama ini jika ada keinginan untuk menukar handphone baru, pilihlah jenama lain selain cokia.
Maxis
Syarikat ini juga ada menyumbangkan beberapa peratusan keuntungannya kepada israel. Oleh itu, bertukarlah kepada nombor celcom kerana itulah yang terbaik.
Carrefour
Pasaraya yang sering aku kunjungi kerana berdekatan dengan rumah merupakan pasaraya francise dari negara Amerika dan sekutu israel. Lepas ni tak akan aku jejak lagi kakiku ke pasaraya ini.
Coke Cola
Minum yang langsung tak berkhiasat adalah milik syarikat regim zionis israel. Pada sesiapa yang sebelum ini banyak minum air ini beralihlah minum Radix atau Radix cola. Minumannya lebih berkhiasat dan sedap.
McD
Siapa-siapa pun jangan pergi, kalau terasa nak makan makanan ringan dan berkhiasat pergilah ke Radix Fried Chicken (RFC) di Sg. Petani atau ke restoran-restoran lain selain McD.

Ada banyak lagi syarikat atau produk-produk yang dikeluarkan oleh regim ini. Produk dan syarikat yang dinyatakan di atas adalah syarikat yang lazim dengan aku.
Ayuh, marilah beramai-ramai menyelamatkan rakyat Palestin dari kekejaman israel. Sekurang-kurangnya dengan memboikot produk keluaran israel dapat melemahkan kuasa ekonomi israel untuk pembuatan senjata jahanamnya.